Dina

Lilypie Third Birthday tickers

Friday, October 21, 2011

Sindrom Nafsu Makan Ala Gajah

Salam Jumaat,

Nafsu makan sejak dua menjak ni sangatlah tinggi. Fikir-fikirkan balik, macam nafsu makan gajah pun ya kot.

Mana taknya, pagi ini saja me beli laksa penang, jeruk mangga 300g, tau-fu-fah dan cekodok pisang 14 biji. Tau-fu-fa saja yang belum disentuh. Yang lain dah selamat sampat ke destinasi pencernaan. Tengah hari semalam, order snake plate KFC. Last2 makan ayam seketul saja and the rest. Yang lagi seketul tapau Mr Hubby yang habiskan. Tapi bila malam menjelma, selera makan menurun. Malam tadi cuma makan 2 potong buah oren dan jeruk mangga.

Biasanya, nafsu makan gajah ini akan terjadi pada waktu sarapan pagi. Mungkin disebabkan malam sebelumnya hanya makan sedikit, jadi keeseokan harinya, beli makanan dalam keadaan lapar, itu yang wujud sindrom nafsu makan ala gajah. Ditambah pula dengan keadaan hormon yang tidak seimbang. Disebabkan hal ini, pregnancy baru masuk minggu ke-7, baby masih kecil saiznya, ruang perut si ibu dah macam pregnant 4 bulan.

Tengah hari ni dah ada plan nak ngap Nasi ayam at TCRS dan Big Apple doughnut. Wow weeee...Kalau sindrom ini berterusan, kena buat sesuatu..

No comments: