Salam pagi Isnin,
Alhamdulillah, pagi ini hamba-Mu ya Allah, masih dapat bernafas untuk meneruskan amanat sebagai khalifah di bumi-Mu..
Semalam, adikku yang merupakan cikgu di Segamat, Johor singgah ke rumah. Dia dalam perjalanan dari Perlis ke Johor setelah cuti sekolah hampir tamat untuk memulakan sesi persekolahan baru 2011. Me terima kiriman dari mak tersayang, yang tak pernah lupakan anak dan cucunya di Kajang ini. Antaranya, 2 bungkus bahulu my favourite (Izz juga suka sangat), serbuk kopi cap bola sepak (kopi kat sini tak berapa kaw, semuanya cair saja), ikan bilis, jambu kedut (tak ada biji), etc.
So, pagi ini, me breakfast dengan itu bauhulu gebu sama kopi pekat..huhuhu, dah lama tak makan macam ni...rindunya. Thanks mama
1 comment:
tgk gambar pun dah terliur.sedap dicicah dgn kopi or teh panas
Post a Comment