Dina

Lilypie Third Birthday tickers

Wednesday, November 21, 2012

Majlis Konvokesyen Makmal Perkembangan Kanak-Kanak Fakulti Ekologi Manusia, UPM 2012

Assalamualaikum, nama saya Izzuddin. Hari ini saya buat persembahan lagu Rama-rama.

Hahhaaa..nampak tak saya dengan kawan-kawan, tengah berjoget lagu Rama-rama. Dibimbing oleh Acu. Sekali tengok, macam Mat Romeo pulak.

Dari Ulat Jadi Kepompong
Tidur Nyenyak Dalam Kelongsong
Cukup Masa Kelongsong Pecah...Pong!
 Jadilah Rama-Rama Yang Indah
Rama-Rama Terbang Merata

Hisap Madu Di Pohon Bunga
Sungguh Cantik Aneka Warna
Tapi Sayang Hidup Tak Lama

Ni abang saya, Iman. Dia nyanyi lagu Gigi dengan kawan-kawan kelas dia. Dia pun buat persembahan saja. Tak terima skrol, sebab ibu tak nak konvo kan kitorang. Ibu nak kitorang bersekolah di sini lagi tahun depan (lepas adik baby keluar, InsyaAllah). Lamanya kami di sini, Abang Iman dah nak masuk 6 tahun di sini, saya pula dah nak masuk 4 tahun.

Last but not least...

Thursday, November 8, 2012

Persiapan Menyambut Adik Baby

Alhamdulillah, persiapan untuk menyambut adik baby almost 80% done. Ada 66 hari lagi untuk menanti kelahiran orang baru yang aktif kat dalam ni.Walaupun dah beranak nak masuk 3 orang, tetapi ke"excited"an nak shopping tu tetap ada. Lebih-lebih lagi apabila Dr. mengesahkan baby kali ini 60% girl (hehehehee...sendiri yg letak % tu sebab setiap kali scan Dr cakap girl, tak berani nak terlalu yakin). Ada juga la terselit barang dan baju berwarna pink. Kalau keluarnya "birdy", kita pakaikan/gunakan saja even kaler pink. Bukan untuk baby saja ibu excited nak beli pink, untuk ibu sendiri pun, banyak juga benda warna pink yang dibeli. Adakah itu instinct? Moga-moganya...

Nursing pillow, brush bottle, hair band,feeding bottle, nipple, rattle, diapers, wet tissue, nappy rash cream, toileteries, cotton bud, vicks, fan, socks, Anmum formula milk, Pureen medicated talc.

Baju, cap, mitten dan booties yang dibeli, dah siap dibasuh dan dilipat. baju abang2 yang dulu pun banyak juga (tak basuh lagi).

Wednesday, November 7, 2012

Sedang Memujuk Hati

Sedang berkira-kira. Setelah bertahun-tahun mengidam Cik Putih MPV, kini tibalah masanya untuk membuat pilihan sebenar-benarnya. Kereta sedan memang dah tak sesuai untuk family beranak tiga. Perlu buat budgetary betul-betul. January 2013, Adik baby akan lahir ke dunia. Mana satu ya? 
NGL

 Perodua Alza

*pic - hasil google

Wordless Wednesday

                                                   2010

                                                   2012

Family Outing

Fuh...fuh...fuh...dah berhabuk blog ni. Kena vacuum dulu ni. Semenjak kamera lama rosak, kurang bersemangat nak update blog. Rasa tak menarik cerita tanpa gambar. Alhamdulillah, ada rezeki lebih, dah dapat pengganti, compact digital camera juga, bukan DSLR bagai, tak mampu.

Hujung minggu kalau dilalui di rumah sahaja, memang sangat membosankan. Kena keluar rumah juga walaupun sekejap. Ini adalah antara gambar-gambar ke Alamanda dan Tesco. Happy, kan riak muka anak-anak bila dapat keluar rumah, even ke shopping complex hanya untuk berlari-larian..

Abang Iman, dalam kereta ke Alamanda

Abang cik Izzuddin, terserlah ke"excited"annya. Inilah cara senyum untuk iklan ubat gigi

Kita biarkan abah yang tolak troli seberat 30 kg ni. Ibu dah tak kuasa

Tesco Semenyih, Izzuddin nak naik elephant

Abang Caq Iman yang dah dapat pau Ibu beli gasing..tak kisah dah yang lain

Ibu pun nak enterprem

Kek Boboi Boy

Iman : Iman nak kek ni
Izz : Udin nak kek ni
Ibu : (berkata-kata dalam hati : Mak ai, muflis ni kalau kedua2 nak. Kek ni sebiji RM70)

Wednesday, October 24, 2012

Muhammad Izzuddin Enterprem Dlm Harian Metro

Harian Metro, 24 Oktober 2012, page 22

Impak positif FACE

SERDANG: Penubuhan Pusat Penyelidikan Keluarga, Remaja dan Kanak-Kanak (FACE) Fakulti Ekologi Manusia Universiti Putra Malaysia (UPM) bakal memberi impak positif ke arah pembangunan masyarakat seawal peringkat kanak-kanak sekali gus membantu menjayakan Program Permata Negara, kata isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor. Menurutnya, selaku Penaung Program Permata, beliau mengalu-alukan pembabitan Face bagi menjalankan penyelidikan mengenai Program Permata Negara di Makmal Taska Permata UPM untuk dijadikan makmal contoh. Katanya, penyelidikan asas penting dalam menjana modal insan cemerlang secara menyeluruh dan kepakaran UPM sebagai universiti penyelidikan tersohor pasti mampu mendokong usaha kerajaan itu apatah lagi dengan tertubuhnya Face. "UPM sudah terbabit secara langsung dalam penggubalan kurikulum Permata malah sejak 2010 lagi, kami (Permata) melantik UPM sebagai agensi utama bagi Program Latihan Pendidik Permata Negara. "Justeru, saya percaya Face bakal memberi impak kepada perkembangan kanak-kanak dari segi kognitif, sosial dan pertuturan apabila dewasa kelak ditambah kemudahan serta prasarana yang disediakan begitu bersesuaian dan kondusif," katanya.

Beliau berucap di majlis perasmian Face dan Makmal Taska Permata UPM di sini, semalam. Hadir sama, Naib Canselor UPM, Datuk Dr Radin Umar Radin Sohadi dan Dekan Fakulti Ekologi Manusia UPM merangkap Penyelaras Pusat Anak Permata Negara UPM, Prof Madya Dr Zaid Ahmad. Beliau berharap Face menjadi pusat penyelidikan unggul bukan hanya di negara ini malah di arena antarabangsa.

Wednesday, August 29, 2012

Salam Aidilfitri 1433 H

Assalamualaikum,

11 Syawal baru nak buka cerita raya. Sebab tak ada gambar raya, pinjam sikit dari FB adik dan kawan.Alhamdulillah, raya kami sekeluarga tahun ini sangatlah seronok sebab dapat balik kampung sendiri.

Perjalanan balik kampung bertemankan adik bongsu dan anak-anak dengan bas express yang disewa oleh pelajar kolej pembantu perubatan Seremban. Sempat puasa 1 hari di rumah mak. Persiapan sehari sebelum raya sangatlah tak menang tangan. Mak ada 2 orang anak perempuan. Tapi yang betul-betul berfungsi untuk membantu emak hanyalah si kakak sahaja (ai lah tu...hidung kembang-kempis). Anak pompuan mak yang sorang lagi serupa anak laki bujang, buat taik mata memanjang. Paling seronok buat ketupat palas ngan mak. Mak masak pulut waktu petang, tak dapat rasa. Bila dah berbuka, tawarlah pulak. Mak buat lawak, "jom kita google resepi nak masinkan ketupat". Rebus air garam la jawabnya. Dah siap gulai daging, adik ipar, Tasya, buat rendang ayam pula. Pandai betul dia masak. Malam raya sibuk vacuum rumah, buka carpet dll. Pukul 2 pagi baru tidur. Tup-tup sang suami ketuk pintu dalam pukul 3 pagi. Baru sampai (balik dengan kawan). Tak sangka dapat juga dia balik beraya bersama. Barulah rasa lengkap hari raya kami.

1 Syawal, bangun awal, excited nak raya walaupun tak cukup tidur. Disebabkan hero-hero kecik tak bangun tidur lagi, terpaksa korbankan solat sunat hari raya. Mak, ayah dan Mr. Hubby saja yang pergi. Me sibuk sangat, iron baju melayu hubby, susun kuih raya, betulkan kemasan rumah dll. Bila diorang balik solat raya, barulah berkesempatan nak mandi. Then, siapkan anak-anak berbaju melayu, beraya dengan abah diorang, tok, wan, paklang, paklong dll. Ramai juga kanak-kanak datang beraya. Semua nak duit raya saja. Makannya tak nak, paling koman, nak minum air saja sebab dahaga jalan jauh kutip duit raya.

Tengah hari pulak, acara close house. Semua pengsan. Penat wooo. Lewat petang, bersiap pergi beraya di rumah Tok dan Tok Wa di batu Bertangkup. Dah tua sangat tengok Tok. Alhamdulillah, bila bersalam dengan dia, dia masih dapat mengecam diriku yang memboyot. Tok Wa terlantar tak sihat.

Raya ke-3, join reunion Sek. Men. Keb. Derma 1993-1997. Best sangat dapat jumpa kengkawan lama. Tapi best friend Bazlinda dan Nori tak dapat hadir.

Ni gambar Iman (baju belang putih-biru muda-oren) join acara selingan by Uncle Akmalrizal.

Dapat gambar dari belakang pun jadilah (me in baju kurung shocking pink dan tudung putih).

Acara kutip duit raya dari uncle & auntie (me-gambar belakang saja, Mr Hubby berbaju melayu hijau puuk pisang, Iman berbaju belang tengah jalan kutip duit)

 
Ok, nanti sambung cerita lagi. Dah panjang berjela ni pun.

Tuesday, August 14, 2012

Lepak Dgn Izzuddin

Boring-boring mengharungi traffic jammed selepas Tol Sungai Ramal menuju tempat kerja dan nursery, me bersembang dengan Izzuddin. Iman jadi co-pilot abah (driver) kat depan.

Ibu  :  Izzuddin, adik baby nama apa?
Izzuddin : Kuceng...
Abah dan abang bantai ketawa.
Ibu  :  Kenapa kucing?
Terkulat-kulat Izzuddin nak jawab, akhirnya dia diam membisu..
Tak puas hati, me tanya di lagi...
Ibu  :  Izzuddin, betul-betul la. Adik baby nama apa?
Izzuddin  :  Adik Ikan (Ikram).
Ibu  :  Nama satu lagi?
Izzuddin  : Adik Miaw (Mya)....

Patutlah dia cakap adik baby nama kuceng sebab ibu yang bagitau dia adik baby kalau girl nanti nak letak nama Mya (dia sebuat meow=kuceng). Bijak dia, buat hipotesisi sendiri.

Hahahahahaahahah..seronok menyakat dia. Dah pandai sangat cakap, especially menjawab. tapi, masih pelat.

Friday, August 3, 2012

1st Trimester Sudah Berlalu, Now 17weeks Already

Salam Ramadhan,

Alhamdulillah. 3 bulan pertama pregnancy sudah berlalu. Alahan-alahan lain tiada melainkan sedikit rasa loya dan yang paling tak best ialah anak tekak dan lidah asyik rasa pahit. Nak makan masakan kat rumah, memang "nehi, nehi" adik baby cakap. Kena cari makanan masam nak menghilangkan kepahitan lidah dan tekak. Yang bestnya, makanan kat kedai tu, even tekak dan lidah pahit, berselera pula.

Bila dingat-ingatkan balik, keempat-empat kali mengandung, 1st trimester memang inilah masalah utama. Sedih pula mengingatkan kandungan ke-3 yang tak menjadi dan keguguran di usia 11 minggu.

Sekarang dalam perjalanan trimester kedua. Ada yang tegur me makin kurus. Hahahahahahaaa...maybe sebab puasa kot. Tapi, last check-up, doktor sahkan me boleh berpuasa seperti biasa sebab development baby adalah normal. 10 Ogos ni baru nak gi check kesihatan diri dan kandungan untuk kali ke 2. Nervous dan takutnya nak kena inject ambik darah (kuikuikuikui). Doa-doanya semua ok.

Bersahur (Lone Ranger)

Salam Ramadhan,

Alhamdulillah, dah masuk 14 Ramadhan hari ini dan my puasa masih penuh walaupun ada 2,3 insiden yang hampir membuatkan me terbabas. Lagu-lagu Hari Raya dah mula kedengaran di stesen-stesen radio.

Bersahur pagi tadi, 1st time rasa ringan saja nak bangun. Pertamanya sebab tak perlu masak "berat". Yang keduanya, tak payah susah payah naik-turun tangga 3,4 kali bawa perut 17 minggu nak kejut orang bangun sahur. Kenapa? Ahaaaa...my cik abang aka Mr Hubby kerja shift malam till this coming Saturday. Bersahur seorang diri sangatlah simple, kurma sebijik, air kosong, roti 2,3 keping..InsyaAllah semoga bertahan sehingga berbuka nanti.

Menu bersahur lone ranger untuk esok? Maybe menu yg sama cuma tambah milo panas mungkin. Actually tak lone ranger jugak. Ada peneman yang akan serap apa yang ibu makan, baby ibu 17 minggu dalam perut (rahim) ni.

Friday, July 20, 2012

Cantik

Cantik sungguh rantai tangan ini, terutamanya material Swarovski Crystal in Rose, diikat dengan Emas 14 Karat menambahkan lagi keindahannya.

Pertama kali terpandang iklan di FB, terus terjah FB Nilam Baiduri Acc untuk pilih design dan buat tempahan. Servis pun ok. Alhamdulillah, dah selamat sampai di tangan, sangat puas hati, buatannya pun kemas dan teliti.

Wednesday, July 18, 2012

Qhada Puasa

Alhamdulillah dah masuk 28 Sya'ban 1433H hari ini. Apa yang menariknya? Untuk orang lain, maybe buat potluck atau yang berkaitan dengannya di office sebelum menyambut kedatangan Ramadhan Al-Mubarak. For me? Hari ini, InsyaAllah tamatlah penggantian puasa Ramadhan 1432H yang lalu, tak banyak, 7 hari sahaja. Tetapi, sikap last minute ditambah pulak dengan alasan pregnant (boleh blah), semoga hari ini complete lah puasa ganti. Taknak jadi macam ada satu tahun tu, sampai kena bayar fidyah sebab tak sempat nak ganti, gara-gara last minute la. Jenuh mencari pusat zakat time tu sebab nak bayar denda secupak beras saja. Padahal kat Pusat Islam di UPM pun ada, tak terfikir pun.

Esok dah boleh teropong anak bulan, kalau muncul, hari Jumaat 20 Julai la 1 Ramadhan untuk tahun ni. Hopefully dapat puasa penuh tahun ini. Adik baby, bantu ibu k, kita cuba bertahan untuk berpuasa penuh hingga 30 Ramadhan, InsyaAllah. Dr. Rahaya pun sahkan development adik baby normal dan ibu boleh berpuasa seperti biasa.  

Tuesday, July 17, 2012

Rindu Bau Wangi Baby


Godek PC time hujan-hujan ni, terjumpa gambar 3 tahun dulu. Iman baru genap 2 tahun dan Izzuddin baru beberapa hari dilahirkan. Geram sungguh tengok Izzuddin, tembam sangat pipi adik baby time ni. Bau wangi semulajadi macam bau bedak johnson baby. Baik saja lena. Tapi bila pagi-pagi buta, mulalah menangis ajak orang berjaga dengan dia. Iman pun muka baby masih ada. Rindunya nak menimang baby lagi. InsyaAllah, tak lama lagi. Moga diperkenankan olehNya, kalau boleh dipilih-pilih nak xx pulak kali ni. xy dah ada 3 orang di rumah.

Wednesday, July 4, 2012

APC 2011 Siri 2 : Alignment Dah Lari?

Tadaaaaaaaaaaaa...

Hahahahahahahaahhahahaa... : p . For introduction, kita ketawa panjang-panjang dulu. Baru download gambar majlis Gemilang Putra UPM 2012. Ketawa melihat gambar sendiri. Sempat pulak tidoq depan VC, dah la tu, baru perasan yang alignment badan sudah lari. Tak kira, walaupun dalam gambaq tu, ku kelihatan buruks, tetap nak letak juga kat my blog. Kenangan beb, bukan senang nak naik pentas gini, tunggu 5 tahun baru dapat. Gambar APC 5 tahun yang lalu, masih selim melim (baru anak sorang), gambar half. Kali ni, dah la tengah pregnant, gambar full pulak tu.

Realitinya, aku sudah gumuksss...Padahal, time tu baru 12weeks pregnant. Apa nak buat, redha saja dulu. Lepas deliver, kita start operasi membakar lemak-lemak tak perlu di badan. 

Wednesday, June 27, 2012

APC 2011

Alhamdulillah dan tahniah kepada semua penerima anugerah perkhidmatan cemerlang 2011. Segala kerja keras, penat jerih rasa dihargai. Terima kasih juga kepada Ketua Jabatan, Dr. Faridah Abas dan Dekan, Prof. Dr. Mohd. Yazid kerana memberikan markah LPPT yang selayaknya mungkin untuk membolehkan staf mu ini mendapat anugerah ini walaupun diletakkan dalam kouta insentif.

Kali pertama Me dapat anugerah ini ialah untuk tahun 2006. Rezeki kehadiran Iman mungkin. Kali ini mungkin rezeki bakal kehadiran adik baby. Tetapi, untuk tahun 2006, memang Me amat terasa perit jerih bekerja tahun itu di mana fakulti yang baru mengalami kebakaran, makmal penyelidikan tiada staf yang incharge. Me diarahkan membantu pensyarah untuk mengenalpasti alatan-alatan yang terbakar, membuat perolehan, tender, sebutharga dan lain-lain. Syukur kepadaNya.

Thursday, June 21, 2012

Tahniah Mak & Ayah : Haji Kecil

*sorry arr tuan punya gambaq, ai copy

Alhamdulillah dan tahniah kepada mak dan ayah kerana telah berjaya menyahut panggilan Allah SWT ke tanah suci menunaikan ibadat umrah baru-baru ini. Setelah kelibat mak dan ayah kelihatan di Lapangan Terbang Kepala Batas, hati jadi sebak, mata terasa panas, air mata mula bertakung, tapi cuba ditahan dan disembunyikan. Risau kalau adik-beradik yang lain dan anak-anak buah nampak, malu den. Rasa macam dah bertahun tak jumpa mak dan ayah.

Yang lebih happy dan excited ialah ayah. Ya lah, mana taknya, macam mimpi dapat pergi ke sana. Banyak pengalaman menunaikan ibadat umrah diceritakan oleh ayah berbanding mak. Semua anak cucu yang menunggu di rumah ada habuan ole-ole yang ayah belikan. Mak macam biasalah, beli ala kadar saja, bukan kaki shopping macam anak-anak perempuan dia. For me, tak kisah sangat semua tu. Saja nak ngusik anak menakan, Thirah dan Nurdhia.

Mengambil kesempatan cuti sekolah dan taska serta tadika anak-anak turut tutup, seminggu juga balik ke Perlis bertemankan adik bongsu yang juga cuti semester selama 1 bulan. Mr Hubby biasalah, tiada cuti untuk join. Dia hanya datang setelah percutian berakhir untuk meng"escort" kami balik ke Kajang.

Kat rumah mak dan ayah terasa kosong. Di tambah pula dengan rasa perasan bertanggungjawab kena jaga adik bongsu yang dah besar panjang. Alhamdulillah, dapat juga menunaikan selera yang dok mengidam selama ni : goreng pisang dan kuih 'asidah Taman Pelangi, bihun sup & bihun goreng Pak Dai, nasi goreng udang tangki ayaq, laksa kola, ABC Simpang 4. Hampir 6 hari duduk di sana menunggu mak dan ayah pulang dari berumrah. Nasib baiklah ada anak-anak buah, abang dan adik-adik yang bercuti bersama. Tetapi, kelompangan tetap terasa. Hari ke-5 percutian, barulah bersemangat sikit untuk bawa budak berdua tu keluar dari Simpang 4. Bawa pergi makan KFC di Kangar, sangatlah heaven bagi Iman dan Izzuddin, kononnya.

Apapun, kalau panjang umur, InsyaAllah raya Aidilfitri tahun ini giliraan negeri Perlis ye. Jangan buat-buat lupa. Ketemu lagi kita.

Semoga mak dan ayah dipanjangkan umur, dikurniakan kesihatan yang baik dan diberi kesempatan untuk menunaikan ibadah haji pula. Amin..

Monday, June 18, 2012

Berat Badan Ibu Mengandung ~ Berat Bayi Hanya 1/4?

Secara purata, sepanjang tempoh kehamilan seseorang wanita, berat badan akan bertambah 10-15 kg sedangkan berat bayi yang baru lahir hanya ¼ daripada itu? Berikut adalah faktor-faktor yang menyumbang kepada pertambahan berat badan:

Berat bayi : 2.5 – 3 kg

Penyimpanan protein, lemak dan nutrien lain yang berlebihan : 2.75 – 3 kg

Penambahan darah : 1.5 – 2 kg

Penambahan cecair badan yang lain : 1.5 – 2kg

Pembesaran payudara : 0.75 – 1 kg

Pembesaran uterus (rahim) : 0.75 – 1 kg

Cecair amniotik (air ketuban) : 0.75 – 1 kg

Plasenta (uri) : 0.5 – 0.75 kg

Selain daripada penambahan berat bayi, faktor-faktor lain juga penting untuk memastikan fisiologi ibu berubah mengikut keperluan ibu mengandung. Corak penambahan berat semasa mengandung bagi individu juga berbeza.

Patutlah, bukan main susah nak menurunkan berat badan selepas "mengeluarkan isi utamanya" iaitu si baby yang comel. Apapun, itulah pengorbanan seorang wanita bergelar ibu.

Tuesday, May 15, 2012

Patutlah...

Alhamdulillah, kandungan ke-4 ini dah nak masuk 6 minggu. Patutlah selera makan ala-ala gajah kembali. Mulalah mencari tomyam pada setiap waktu makan tengah hari. Tomyam buatan sendiri tak nak sebab nak bantu peniaga-peniaga Melayu menambahkan pendapatan (alasan...).

Moga Allah pelihara kandungan kali ini agar sihat dan sempurna hingga selamat melahirkan ke alam fana cinta. Amin.

Monday, April 30, 2012

Masih Tak Sedar Diri

Rajin pula meng"update" today. Gempaq, kan tajuk posting ni? Sebenarnya tentang ini (gara-gara lepas makan nasi cari benda lain pulak buat kunyahan dan kudapan)...
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
setelah sekian lama maintain begini

-
-
-
-
-
-
-
kini
kbai

VERSUS: 6ixth Sense - Kau Lupa Janji


Sangat suka melayan video ni. Entah berapa ratus kali dok repeat since rancangan versus bermula. Dah jadi minat pula dgn Adi 6ixth Sense, unik suaranya

Happy Belated Birthday Iman ~ 26th April

Kengkonon ibu busy lah, sampai ibu terlupa nak post ucapan besday Iman di blog kerengga riang.

Alhamdulillah, Iman dah genap usia 5 tahun pada 26 April 2012. Dilahirkan pada jam 5.50 petang 5 tahun yang lalu, dengan bantuan "vacuum" sebab anak ibu hampir lemas dek kerana ibu tak bertenaga dan tak pandai "push". Mirip wajah abah, berlesung pipit kecil di pipi, makin membesar, makin iras wajah Ayah Ki. Diazankan oleh Wan Halim, abah masih di Serdang di kala Iman dilahirkan kerana komitmen kerja.

Kini dah masuk tadika di MTA UPM. Syukur, dah pandai menulis, solat (esp. Solat Dhuha), baca Iqra' dll.


Ibu doakan Abang Iman akan menjadi anak yang soleh dan bijaksana...

Tahun ni, Abang sangat suka main game. Ibu nak belikan PS2, rasanya belum level Iman lagi. So, ibu belikan yang ni je dulu as birthday present. Tu pun berebut dengan adik Izzuddin. At last, ibu kena beli satu lagi untuk adik :) . Kopak la ibu

Pic game pinjam dari mudah.my

Monday, April 23, 2012

Happy Belated Birthday to Me ~ 15 April 2012

Alhamdulillah, terima kasih Allah kerana telah memberikan daku nafas untuk meneruskan kehidupan di tahun yang ke 32 di bumi Mu yang fana ini.

Terima kasih juga kepada mak dan ayah yang melahir, mendidik, mengasuh, memberikan pelajaran hingga ke saat ini.

InsyaAllah, ku mohon agar usiaku ini sentiasa diberkati olehNya dan berada dalam pemeliharaan Yang Maha Esa.

Friday, April 6, 2012

Berpesan-pesanlah Kita di Penghulu Hari

Barang siapa bangun di pagi hari sedangkan ia hanya memikirkan dunianya, sehingga ia tidak menunaikan hak Allah dalam dirinya, maka Allah akan menanamkan 4 penyakit dalam dirinya, iaitu :

1. kebingungan yang tiada habis-habis.

2. kesibukan yang tiada habis-habisnya

3. keinginan yang tak pernah terpenuhi

4. khayalan yang tak pernah berakhir

(HR. Imam Ath-thabrani)

Thursday, April 5, 2012

Together Forever : Geram Betoi Tgk Ni

Cik Putih tu dah la kembang semangkuk sama besaq dgn bakul tu. Ada hati pulak Si Oren nak menempek sama. Tapi, apa yg penting KERJASAMA

Tuesday, April 3, 2012

April : Triple Birthday Celebrations

2 April 2012 : Happy belated birthday my Izzuddin. Alhamdulillah, 3 tahun Izzuddin membesar sebagai khalifah Allah di muka bumi ini. Ibu doakan Izzuddin akan menjadi anak yang soleh dan berjaya di dunia serta di akhirat. Ibu hadiahkan Izzuddin i pad mainan dan jam angry bird. Senyum sampai ke telinga dia menerimanya. Senang hati ibu...Sayang anak ibu.


Menyusul 15 April 2012 : Birthday ibu,

26 April 2012 : Birthday Iman yang ke-5

Friday, March 30, 2012

Longchamp

Berkenan sungguh dgn design beg Longchamp. Nak beli yg orginal, mak aiii dekat 1k kalau complete set (make up beg, saiz L dan M).

Google online shop pun, susah nak dpt. Ada satu FB tu jual, harga 2 kali ganda dari offline shop. So, last Friday, ajak Mr. Hubby gi downtown Jln Reko (dalam pukul 10.30 malam). Walaupun anak-anak dah ngantuk, angkut sekali.

Alhamdulillah..terujanya...dapat pula kaler yg berkenan di hati. Total 1 set baru RM50. Tetapi, kualiti jgn lah nak bandingkan dgn original..


Pic : ehsan google

Monday, March 12, 2012

Chicken Pox (CP)

Assalamualaikum

Hampir sebulan tak update blog. Kami sekeluarga diuji dengan penyakit yang tak kurang hebatnya, demam campak. Orang Perlis panggil chicken pox. Baru hari ini dapat bekerja dan anak-anak bersekolah dengan selesa.

Meaning in English :
a disease, commonly of children, caused by the varicella zoster virus and characterized by mild headache and fever, malaise, and eruption of blisters on the skin and mucous membranes.

Bermula dengan anak sulong, si Iman. Dia bawa balik penyakit ini dari tadika. 2 minggu tersadai kat rumah. Ibu dan abah bergilir jaga Iman, bercuti dan kerja shift malam. Alhamdulillah, Iman senang dijaga. Makan ubat paracetamol untuk demam, pyrithon untuk gatal dan sapu calamine lotion untuk kurangkan rasa gatal dan cepat kering.

Lepas 2 minggu si abang baik dari penyakit ini, ibu rasa lega sebab adik tak menunjukkan simptom-simptom penyakit ini. Tiba-tiba ibu pula yang sakit-sakit sendi, badan jadi panas dan naik blister. Lain macam saja ni. Pergi check up, doktor sahkan ibu kena CP. Dapat MC 2 minggu. Woohooo...Macam best sebab cuti panjang. Tapi, si abah pula balik kampung time-time ni atas urusan keluarga. So, terpaksalah uruskan diri sendiri yang sakit dan anak-anak. Tak sangka pula, di usia dewasa ini, nak pula CP ni menjangkit ya. Sekarang dalam proses nak hilangkan parut. Ramai dok petua guna kulit kayu manis. Ala, guna yang ready made saja : Bio Oil.

Cukup 2 minggu ibu dah nak mula kerja, si adik Izzuddin pula diserang demam panas dengan blisters di badan. Adik paling teruk, dengan demam panas yang makan ubat pun lambat nak kebah, blisters penuh dari kepala hingga ke tapak kaki. Merengek saja. Kasihan adik. Ibu terpaksa pujuk supaya dia sabar. Abah jaga adik seminggu, ibu bawa ke ofis seminggu. Hari ini baru adik mula ke Taska.

Alhamdulillah, hari in, penyakit ini telah nyah dari keluarga kami. Semua dah pernah kena, InsyaAllah badan akan imun terhadap CP lepas ini.

*Semua image dari yahoo search

Wednesday, February 8, 2012

Salam Maulidur Rasul 1433H

Assalamulaikum,


Salam Maulidur Rasul buat junjungan besar Nabi Muhammad SAW. Buat kesekian kalinya, terasa insaf akan kasih sayang dan pengorbanan Rasulullah SAW kepada umatnya. Sangat besar syafaat yang Allah SWT kurniakan kepada hambaNya yang beselawat kepada baginda Rasulullah SAW dan keluarganya.


Setiap kali tibanya, tibanya 12 Rabi'ulawal di mana tahun ini tarikh ini jatuh pada 5 Februari 2012, banyak rancangan di tv dan radio memaparkan kisah sirah Rasulullah SAW di mana sesetengah kisah tersebut tidak pernah tahu langsung sebelum ini. Alhamdulillah, bertambah ilmu dan pengetahuan tentang perjuangan Rasulullah SAW.


Status di FB pada 12 Rabi'ulawal 1433H : "Tatkala Saidina Umar hilang arah atas pemergian baginda Rasulullah SAW,Bilal bin Rabah membawa diri ke bumi Syria dek kerana tidak dapat menahan kesedihan atas kewafatan baginda SAW. Kita,umatnya di status mana?Salam maulidur rasul"

Tuesday, January 10, 2012

Dulu, dulu dan kini

Dulu-dulu yang dolu-dolu...
Aku hanyalah berjisim 48 kg, saiz S tapi ku pakai saiz M

Dulu-dulu-dolu...
Jisim badan aku dah naik sikit 50 kg, masih saiz S dan ku pakai saiz M

Dulu-dulu...
Jisim badan aku naik lagi 52 kg, Saiz dah naik ke M ta[pi ku pakai saiz L

Kini...????
Jisim aku dah naik ke 58 kg.
Degil betul jarum penimbang nak turun ke angka 55 kg ke bawah, asyik naik saja.
Saiz baju dah jadi L. Apakah aku kena pakai XL?
Oh tidak!!!
Kena buat azam di tahun baru ini

Tetapi,
Ada seorang Penolong Peg Perubatan kat Seremban nasihat aku,"Tinggi akak 160cm, BMI 22. Sangat ideal. Akak hanya perlu maintain saja."
Adakah bagus nasihat beliau yang tak tahu keadaan aku yang terpaksa menyimpan baju-baju kesayangan saiz M yg dolu-dolu ke dalam kotak?

Biar apa orang kata,aku akan terus mencuba mencontohi my big brother, pantang nampak mesin penimbang, mesti diukurnya akan jisim badannya, sebab beliau telah berjaya mengrangkan berat badan dan saiz seluarnya...serta kebonjolan perutnya...kuikuikuikuikui...

Thursday, January 5, 2012

Hantu Rambutan

Hantu rambutan tu bukan hantu macam hantu kak limah ke toyol ke. Tapi, manusia yang fanatik makan buah rambutan.

Heaven betul bila sebut nak beli dan makan rambutanssss. Bapanya kurang sikit. Tapi, si ibu dan 2 orang anaknya, alahai, setakat 3 kilogram rambutan, sekali harung je. Nasib baiklah si anaknya tak reti nak kopek sendiri kulitnya yang be"rambut" tu. Alhamdulillah, rezeki kami murah di musim rambutan kali ini. Paling kurang pun, seminggu 2 kilo. Minggu ni, lagi terbaik punya, 2 x 3 kilogram. Ikutkan hati, ibunya nak beli tiap2 hari. Tapi memandangkan kemalasan untuk mengupas kulit dan mengelap air rambutan yang juicy, maka si ibu memadamkan saja niat yang murni di hati paling dalam.

Lama betul tak update blog. Sebabnya kamera rosak. Takada semangat nak cerita-ceriti tanpa gambarajah.

gambarajah : ehsan yahoo search