Dina

Lilypie Third Birthday tickers

Wednesday, November 13, 2013

Konvokesyen FACE UPM

Assalamualaikum,

Konvokesyen Makmal Perkembangan Kanak-kanak (MPK), Pusat Pengajian Keluarga dan Kanak-kanak (FACE), Fakulti Ekologi Manusia, UPM, tanggal 7 November 2013 telah menyaksikan Iman dan Izzuddin bergraduat dan bakal menamatkan pengajian di Makmal Pra-Sekolah (MPS) dan Makmal Taman Asuhan (MTA).

Iman berada di FACE UPM (MPK dan MTA) seawal umurnya 6 bulan (2007), selepas 2 kali bertukar taska dan pengasuh. Jadi, genap 6 tahun Iman berada di sini dan akan menamatkan pengajiannya pada hujung tahun ini, InsyaAllah.

Izzuddin pula berada di FACE UPM seawal umur 8 bulan (2009), selepas 3 kali bertukar pengasuh. Hujung tahun ini, genap 4 tahun Izzuddin berada di sini dan bakal menyambung pengajian peringkat tadika di MPK pada tahun hadapan, di usia 5 tahun, InsyaAllah.

Banyak sangat kenangan di FACE ini. Banyak yang manis dari pahitnya. Tak tahannya bila FACE tutup. FACE menjadi tempat yang "hot & top" untuk pusat jagaan kanak-kanak kerana mereka menjaga kualiti perkhidmatan dan kuantiti. Irdina yang genap 10 bulan semalam, ibu daftar booking untuk masuk FACE semasa mengandungkan dia 4 bulan. Waiting list terlalu panjang. Bertuahlah kalau Irdina dapat tempat di sini.


 Hasil kerja Izzuddin, antara yang dipamerkan

Hasil kerja Iman, juga antara yang dipamerkan

 Iman buat persembahan dengan Kelas 2 nyanyikan lagu Aku Yang Dulu Bukan Yang Sekarang

Izzuddin pula buat persembahan dengan rakan kelasnya, nasyid Doa Solat Dhuha. Izzuddin malu-malu nak nyanyi atas pentas bila nampak sibuk rakam gambarnya. 

Makanan "potluck" antara yang disumbangkan oleh ibu bapa. 
Mak Bibi dan Kak Jehan AJK Makanan a.k.a. Tukang Masak anak-anak di FACE

Iman menerima skrol (gambar dari kamera murahan ibu)

Diikuti Izzuddin

Gambar Izzuddin dengan salah seorang kawan baiknya dari baby di FACE, Affan

Zoom kasi besar sikit gambar ini. Ibu naik atas pentas bersama Iman. Hadiah tempat ke-5, Ibu bapa bacakan buku cerita dalam program Take Home Book. Ibu pun dapat hadiah. Itu yang senyum lebih excited dari si anak.

Tuesday, November 12, 2013

Lawatan MPK FACE UPM ke Kidzania

     Bulan September yang lepas, Iman ikut rombongan Makmal Perkembangan Kanak-kanak FACE, UPM ke Kidzania. Iman ditemani abah, Ibu tak dapat nak temankan Iman kali ini atas sebab tuntutan kerja. 

 Excited walau baru naik bas

Baru tiba di Kidzania, extra excited 

Bergambar depan model jentera Bomba, dengan Adam Azlan

 Lagi dengan uniform Bomba

 Yang ni kat bahagian design kereta Honda Jazz tu

Nak balik dah

     Iman bawa balik kereta Honda Jazz merah sebiji...mak ai...prototype saja pun, kereta yang dia pilih dan warnakan sendiri di Kidzania tu. Bila ibu tanya, "Iman besar nanti, nak jadi apa?" Dijawabnya, " Nak jadi bomba". Memang nampak riak wajah dia happy sangat. Oklah tu, memang ibu inginkan Iman enjoy bersama kawan-kawan, moga jadi kenangan dia dengan kawan-kawan tadikanya.

Thursday, September 26, 2013

Nuradelya Irdina 8 bulan 2 minggu

Assalamualaikum,

Jarak posting baru dengan posting lepas, 1 bulan lebih. Agak lama...petanda ibu busy lah tu. Busy bebenor, busy kat office, kat rumah. 

Ok, Irdina dah genap 8 bulan. Kejap pulak rasanya dia membesar. Laju juga milestone dia. Lepas meniarap, dia menyulur, sekarang dia dah merangkak pakej dengan duduk yang dah stabil. Sekarang ni, pantang letak di lantai, mulalah aktiviti memanjat, berdirilepastangantergolek. Wakler lah penyelamat. Ibu rasa agak terkilan sebab terlalu busy dan cepat letih, tak dapat nak betul-betul nikmati bersama, tumbesaran Irdina ni. Balik kerja, fikir nak cepat tidur sebab keletihan. Harap abah saja tengokkan dia bila malam, ibu awal-awal dah terpejam. Hujung minggu sahaja yang ada untuk betul-betul beri perhatian dan manjakan Irdina dan abang-abangnya.

Suka sangat buat mulut macam tu, bajet so cute

Seriesnya muka, mirip abah, bibir macam ibu

Kata Tok Safiah sewaktu datang ke rumah 2 minggu lepas, "Irdina ni derah jalan". InsyaAllah, ibu ok saja. Irdina dah mulai makan ikan, masuk umur 8 bulan. Setakat hari ini, Irdina dah passed makan ikan bawal, ikan bilis, ikan merah dan ikan kerisi. Dan ibu pun baru introduce minyak zaitun kepada dia.

Ini menu irdina pagi semalam, untuk Irdina makan di rumah babysitter. Dimasak bersama bubur nasi. Masih kena blend halus, tak ada gigi lagi mek ni. 


Sekarang irdina rajin juga membebel dalam bahasa dia yang ibu tak faham.."mbah..mbah...". Suara serak-serak basah. Garang juga, kalau dia berdiri, dan abang dia tangkap peluk dari belakang, letak dia kat bawah, menangis, menjerit dia...marah. Kalau ibu sibuk di dapur, dia pun sibuk datang terkedek-kedek merangkak, dok tarik kain, berdiri peluk kaki ibu. Ayoyo sayang, kena letak lah segala sudip kuali sebentar... Alahai anak...

Baby mine, don't you cry . 
Baby mine,dry your eyes.
Rest your head close to my heart, 
never to part baby of mine.

Tuesday, August 20, 2013

Aidilfitri 1434H

Salam Aidilfitri,

Raya ke-13 baru nak update cerita raya. Tak kisahlah, ada orang yang baca blog ni ke? Selama ini, dok tulis blog syok sendiri saja. Baca sorang-sorang, senyum sorang-sorang. 

Baju raya kami sekeluarga serba merah+pink tahun ini. Sedih juga bila tailor call sehari sebelum raya, baju raya Irdina tak sempat siap. Mujur ibu tergerak hati nak bawa balik kampung dress pink ni. Matching la juga sikit-sikit. Raya tetap raya. Tahun ini, kami beraya di Bukit Bading, Terengganu. Meriah juga, cucu Tok dan Ayah Ki makin ramai, dah 12 orang rupanya.

Warna merah ong tema kami tahun ini. Irdina tak ikut tema sgt sebab baju raya dia tak siap :(

Raya pertama, kami bersalaman, bermaafan di rumah saja. Budak-budak datang kutip duit raya macam raya yang kebiasannya. Menu raya, mee rebus/kuah. Adik Ipar yang sediakan. Ketupat pulut, nasi minyak pun ada. Raya kedua, balik kampung Tok dan Toki di Kesom ke Jeram? Confuse kak, tapi salah satu lah. Part paling best, ibu-ibu bertukar-tukar duit raya kat anak-anak buah. Banyak juga lah Iman, Izzudiin dan Irdina dapat duit raya, masuk ASB lah anak-anak ibu k. Raya ke-4, khenduri kahwin Ika dan Amal. Selamat pengantin baru...Mr. Hubby busy dengan kerja wiring rumah kawan dia di Setiu. Drive sendiri lah. Mak mertua jadi co-pilot merangkap babysitter Irdina semasa ibu memandu. Hahaha...seronok juga sesekali bergerak sendiri (tanpa Mr. Hubby) jalan-jalan di Terengganu.

Selamat Pengantin Baru Ika dan Amal

Raya ke-6 kami sekeluarga bertolak balik ke Kajang. Alhamdulillah, jalan ok, tak jammed. Sambung beraya dengan jiran sebelah-menyebelah dan kengkawan di sini pula. Tahun ni, mungkin kami sekeluarga tak buat open house, tapi jika ada yang nak datang, kami alu-alukan...

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI 1434H
MAAF ZAHIR DAN BATIN

Monday, July 22, 2013

Irdina dan Solid Food

Salam 13 Ramadhan,

Sekejap sahaja masa berlalu, dah nak masuk fasa kedua bulan Ramadhan. Ruginya rasa kalau tak manfaatkan sepenuhnya masa yang ada dengan ibadat yang Allah janjikan pahala berganda-ganda.

Hari ini Nuradelya Irdina dah berusia 6 bulan 10 hari. Maknanya hampir 1 bulan Irdina makan solid food. Sehingga hari ini, Irdina hanya ibu beri makan dari sumber karbohidrat dan vitamin sahaja, iaitu bubur nasi + sayur-sayuran ataupun buah-buahan. Yang irdina dah makan ialah :

1. buah epal
2. buah lai
3. bayam-failed, naik ruam
4. ubi kentang
5. brokoli
6. carrot

Belum introduce protein lagi, mungkin apabila usianya dah masuk 7 bulan baru ibu nak cuba makanan ikan, ayam dan daging. 

Weekdays, ibu akan masak puree sahaja dan pengasuh akan sediakan bubur nasi. Weekend baru ibu akan sediakan sepenuhnya makanan irdina. Biasanya menu sarapan pagi irdina ialah nestum cerelac beras+susu, tengah hari dan lewat petang, nasi+buah@sayur. Kalau waktu malam Irdina kelihatan lapar, ibu akan bagi Irdina biskut rendam air.
bubur nasi+epal

dah siap blend, simpan dalam termos

ready to eat

haa...dah kena tangkap dengan ibu, Irdina selepas kenyang - explore+mengemas

Monday, July 15, 2013

Salam Ramadhan 1434 Hijrah

Assalamualaikum

Selamat berpuasa hari ke-6 kepada semua. Baru ada hati nak update blog. Lama juga menyepi. Alhamdulillah, sempena menyambut Ramadahan pada penghujung bulan Jun baru-baru ini, Boss Dr. Nor Ainy Mahyudin dan pensyarah jabatan sponsor kitorang makan-makan di Sahara Tent Alamanda, makanan Pak Arab. Terima kasih kepada yang sudi belanja, semoga murah rezeki.
I suka gambar ni sebab terselit handbag Furla Candy oren

Banyak blog upload gambar makanan berbuka, sahur, beli kat PaRam. Me???Dugaan tak boleh jalan-jalan di PaRam lagi tahun ini sebab Allah dah anugerahkan Irdina. So, masak sendiri, yang simple dan cepat. Segan nak upload gambar. Nanti bila masak yang kebaboom, baru kita upload gambar makanan banyak-banyak.

Sebut pasal puasa, teringat anak bujang Muhammad Iman. Alhamdulillah, dia sendiri minta nak berpuasa. Rupa-rupanya di tadika dan kelas petang transit memang dia tak makan (puasa la konon, tapi tak makan sahur). Cikgu tapaukan makanan dalam beg dia, sebab risau dia kelaparan. Masuk dalam kereta, jam 5 petang menggelupur kelaparan. Kena la berhenti beli roti ke apa untuk dia. Jumaat malam, dia minta kejutkan sahur esoknya, tetapi malam itu dibantainya tengok tv hingga lewat malam. So, hari ke-3 puasa,  dia puasa penuh tapi bangun sahur jam 6.30 pagi. A good start from him. Aktif juga. Hari ke-4 Ramadhan, Alhamdulillah, dia bersahur dan puasa ikut time. Nak bersahur kena ada telur mata kerbau, berbuka pula kena ada roti encik john dan telur mata kerbau juga. Memang tak sangka dia akan start berpuasa atas kemahuan sendiri. Terima kasih Allah. Abahnya risau kalau dia tak tahan. Ingat tahun depan baru nak ajar dia puasa.

Hari ini, 5 Ramadhan, Iman bangun sahur tadi. Time hantar ke tadika, pesan kat Cikgu Rosazizi yang Iman puasa. So, Cikgu takkan paksa Iman makan. Nak masak apa ya petang ini? Teringin nak makan gulai ikan kembung...InsyaAllah

Last but not least...rindunya kat dia. Dah makan solid food. Dah merayap ke seluruh rumah. Nanti nak story pasal dia pulak.
Irdina the Explorer

Wednesday, June 19, 2013

Cucu Wan Halim dan Tok Puteh

Dari kiri : Iman (atas kerusi) - 6 tahun, Adik Rizq (berdiri baju merah) - 2 tahun, Izzuddin - 4 tahun, Athirah - 11 tahun, Adelya Irdina (atas dukungan Athirah) - 5 bulan, Nurdhia - 9 tahun, Nabihan - 8 tahun

Thursday, May 30, 2013

Hari Sukan FACE - Tadika dan Taska Fakulti Ekologi UPM

Assalamualaikum,

Alhamdulillah, Hari Sukan FACE untuk tahun ini berlangsung pada 22 Mei, hari Rabu. Tahun ini buat pertama kalinya abah dapat bersama-sama Iman dan Izzuddin turun padang untuk beri sokongan moral. Tahun-tahun sebelum ini, hanya ibu yang dapat bersama abang dan adik. Biasalah, orang kerja shift...
Berarak masuk ke Padang

Kesian si kecl Irdina, demam. Tak dapatlah nak berjemur panas bersama-sama abang-abang di padang. Kena rehat di rumah babysitter. Izzuddin masuk acara lari susun tin. 
Ready...set...go..

See, see..Izzuddin berlari dengan penuh bergaya setelah selesai buat menara tin

Izzuddin dapat no. 4. Sukanya dia dapat hadiah 

Acara Abang Iman lewat sedikit, bermula di waktu bahang panas matahari mula membakar kulit...Sayangnya, Abang Iman dapat nombor banyak sangat. Jadi, tak dapat hadiah pun. Takpe, yang penting semangat kesukanan tu. Ini tahun terakhir Iman di sini setelah 6 tahun bersama-sama dengan cikgu-cikgu dan pengasuh.. ;(
Senyum sampai ke telinga walaupun kalah

Last but not least MAJULAH SUKAN UNTUK NEGARA

Thursday, May 2, 2013

Tunjuk Skill

Dear all,

Assalamualaikum...ish, ish, ish...anak dara sorang ni. Asal baringkan dia, dia meniarap, asal dia meniarap, dia baring...Ibu selalu cakap, "adik nak tunjuk skill". Alhamdulillah, anak yang paling cepat tunjuk skill meniarap, seawal umur 77 hari berbanding abang-abangnya. 


Yang merisaukan ialah bila dia meniarap waktu tidur. Na'uzubillah...3,4 kali dah (ibu tersedar dan terkejut). Tapi, dia telengkan kepala dia, so senang untuk bernafas. Walaupun sendal dengan bantal di sisi dia, kuat juga dia menolak bantal tu...mihmihmihmih

Senyuman yang bisa menarik hati ramai orang dewasa untuk mengasihinya dan mengingatinya...

Friday, April 26, 2013

Iman is 6

Happy 6th birthday Iman..
Alhamdulillah, sepanjang 6 tahun usia Iman, inilah pertama kali ibu berjaya penuhi permintaan Iman untuk sambut birthday dengan kawan-kawan di sekolah. Kek yang diminta, asalkan ada Boboi boy dan Fang, berwarna oren, seperti di atas. Kek yang sedap, bersama decoration yang simple. I like it.

Hidung kembang, bangga, bersama kek idaman hati. 

Ole-ole/goodies untuk kengkawan di Tadika.

Posing dengan kek dalam kelas, sebelum kek "dikerjakan" oleh kengkawan.

OMG ramainya kengkawan. Ibu budget untuk 20 orang saja. Cikgu Ros dan Kak Wan combine sekali kedua-dua kelas. Total 40 orang. Ibu tak kisah, asalkan Iman happy dan kengkawan dapat rasa kek Iman, it's ok. Iman suka sangat, kawan-kawan nyanyikan lagu "Allah Selamatkan Iman" dan "Happy Birthday" untuk dia. 1st time potong kek birthday sendiri.

Ibu doakan Iman semoga menjadi anak yg soleh, bijak, berjaya di dunia dan akhirat serta menjadi abang yang terbaik buat adik-adik..

Wednesday, April 17, 2013

Nuradelya Irdina Mohd. Anuarul Azhar

Assalamualaikum,

Alhamdulillah, hari ini genap usia Irdina 3 bulan 5 hari. Baru ibu ada kesempatan nak kongsi pengalaman melahirkan Irdina.

Me ambil cuti bersalin awal 2 minggu. Dalam 27 Disember 2012, Mr. Hubby hantar kami anak-beranak ke rumah mak di Perlis. Sengaja ambil cuti awal, nak berehat. Penat sangat rasanya nak naik turun tangga di makmal. Iman dan Izzuddin cuti panjang lebih kurang selama 2 bulan yuran taska/tadika tetap kena bayar full. Minggu pertama kat Perlis, best. Apa yang teringin nak makan semua dapat, hari-hari pi C-Mart Arau, jalan sana, jalan sini tak sedar diri, jalan dah macam peguin, kena pula Pak Najib bagi bonus...hua..hua..hua..

Masuk minggu kedua, dah start boring. Berbalik kepada tujuan asal balik kampung, iaitu nak bersalin dan berpantang. Orang yang nak dibersalinkan, tak sampai masa nak keluar lagi. Berdebar-debar, risau, jemu juga menghitung hari, bilalah adik baby nak keluar ni.


Pagi Sabtu, 12 Januari 2013, usai solat Subuh, tidur balik. Dalam pukul 10 pagi, baru bangun. Laparnya, ditambah dengan perut memulas-mulas senak, mungkin masuk angin sebab malam tadi tak makan. Asyik ulang toilet 5,6 kali juga. Mak dah rasa lain macam. Tapi, me tetap bertahan, mengatakan belum masanya. Sakit ala-ala contraction dan senak senggugut datang makin kerap, makin kerap. Tapi boleh ditahan lagi. Sampai satu tahap, bila sakit tu datang, me kena baring atau duduk sekejap. Mak dah kelam-kabut suruh me dan anak-anak mandi dan siap. Ayah masih di Kuala Perlis. Abang Din dah call ambulans. Me dah sms dan call JM minta datang. Bila JM sampai, katanya dah ada jalan, bukaan 1-2 cm. Tapi tak ada tanda turun darah atau pecah air ketuban. Contraction makin kerap. JM bagi option sama ada nak gi hospital sendiri atau naik ambulans. Mak suruh nak ambulans.

Pukul 12.30 pm, ambulans sampai. Huh...azabnya nak berjalan even nak naik ambulans kat depan rumah. Dalam ambulans, mak bantu tenangkan me yang tengah menahan kesakitan. Mak pesan ingat Allah selalu, mengucap, selawat nabi, baca doa dll. Bila sakit datang, me genggam kuat tangan mak, mak gosokkan perut dan peha, rasa lega sikit.  Sampai hospital, sorry laa, memang tak boleh nak turun jalan kaki. JM dan driver ambulans tolakkan me masuk ke wad bersalin. Dr. yang sambut minta me turun jalan untuk tukar katil. Maaf sekali lagi, memang sakit sangat, tak boleh gerak lagi. Dr. buat VE, dah 7 cm, darah dah banyak keluar. Apa lagi, terus diminta ke labour room. Ku gagahkan diri bangun dan berjalan masuk ke labour room demi anak tercinta yang ku kandung selama 40 minggu. Me mohon maaf kepada mak dan pesan minta mak sampaikan salam dan kemaafan kepada Mr. Hubby nun jauh di Kajang. Melahirkan kali ke-3, tanpa suami di sisi. Kat dalam labour room, ramai nurse dan doktor pelatih, saya suka, saya suka. Semuanya baik-baik dan helpful. Bila sakit contraction datang, me pegang tangan salah sorang adik nurse pelatih, dia tersenyum tanda faham. TQ u alls, moga u alls berjaya menjadi nurse dan doktor sebenar. Bila rasa baby dah nak keluar, try teran. Staff nurse check, katanya tak lepas tulang pinggul lagi. Dia minta me mengiring untuk bantu "tulang tu buka". Alhamdulillah, tak lama lepas tu, rasa sakit baby nak keluar, nurse dan doktor pelatih or not, me tak kira dah, diorang bagi semangat...apa lagi, sedaya upaya meneran untuk keluarkan baby. Rasanya 5-6 kali teran, tepat jam 1.50 pm, lahirlah anakku tercinta ke dunia dengan berat 3,250 gram. Dr tunjukkan alat sulit dia, berdebar-debar juga...Yuuhooo...XX, confirm nama Irdina. Dia dibersihkan, Dr uruskan pengeluaran uri, jahit sikit dalam 1cm. Then, Irdina diletakkan di dalam pelukanku. Rasa syahdu, sayu, syukur, gembira tak terkata. Me menyusukan dia buat pertama kalinya. Sayang baby ibu.

Bermalam di hospital 1 malam sebab bersalin petang. Irdina tak selesa agaknya, sebab masih baru di dunia fana ini, 5 minit sekali, dia terjaga dan menangis. Me cuba susukan dia, tidur sekejap, then nangis lagi...Ah..indahnya menjadi ibu. Ada yang menegurku, "kesiannya, tak dapat rehat dan tidur". Me hanya tersenyum. Mungkin dia belum tahu betapa indahnya menjadi ibu kepada seorang anak yang sangat dinanti-nantikan...Itulah Nuradelya Irdina


So far, Irdina such an easy baby. Tak banyak meragam compared to Izzuddin. Just mild jaundice for 1st week. Hari-hari bagi minum jus anggur hitam, gigih Tok Puteh pi cari di nat dan pasar malam. TQ mak. Hari ke-5 dah gugur tali pusat yang cuma dibersihkan dengan air biasa sahaja. Mudah dimandikan, kuat menyusu. Day 2 dah campur dengan susu formula Anmum. Umur 40 hari, tukar ke Mamex. Umur 80 hari tukar Enfalac, tak serasi. Hari ke 85 tukar ke susu Nan 1. Alhamdulillah, serasi hingga hari ini. Berat terkini (3 bulan) ialah 5.25 kg. Ok lah untuk baby girl. Ramai yang cakap, Irdina ni panjang dan tinggi. Rambut masih lebat. Maybe bulan 5 nanti baru akan dicukur di rumah Ayah Ki.



Monday, April 15, 2013

I am 33 today


Alhamdulillah, masih diberikan nafas olehNya untuk meneruskan perjuangan debagai khalifah di bumi milikNya. Terima kasih juga kepada mak dan ayah yang memberi kasih sayang, didikan dan membesarkan hingga menjadi seperti sekarang.

Amacam? Tombam tak pipi I? Ni gambar 10 hari sblm Irdina menjengah ke dunia. Happy sangat dengan birthday tahun ini sebab dapat hadiah ini daripada Allah SWT.

 
Dan juga hadiah ini 6 tahun dan 4 tahun yang lalu...

                                         

Wednesday, April 10, 2013

Izzuddin Turns 4


Assalamualaikum,

Lama betul tak update blog. Tuan tanah cuti bersalin 3 bulan, blog pun tutup. Sibuk dengan baby Irdina dan abang-abangnya.

Alhamdulillah,  2 April 2013 baru-baru ini, anak yang tengah, Muhammad Izzuddin bin Mohd. Anuarul Azhar dah sampai umur 4 tahun. Ibu sayang Izzuddin, macam ibu sayang abang Iman dan baby Irdina. Semoga Izzuddin membesar menjadi anak yang soleh, bijak, berjaya di dunia dan akhirat dan dapat menjaga keluarga kita nanti.

Izzuddin tak request apa-apapun. Tapi, ibu yang terlebih excited tahun ini nak sambut birthday Izzuddin. Tahun-tahun sebelum ini, ibu belikan hadiah saja. Izzuddin request kek Boboi Boy. Ibu pun cecepat roger Aunty Aziatum. Dia boleh buatkan kek tu. So, pagi Selasa, 2 April 2013, ibu bersama abah dan Irdina pergi hantar kek dan goodies untuk Izzuddin dan kengkawan.


Happy ibu tengok Izzuddin tersenyum lebar masa potong kek. TQ Cikgu Imah, Kak Sue dan Mama Mas.