Dina

Lilypie Third Birthday tickers

Friday, July 30, 2010

Banci

Rumah aku dibanci jam 9.45 malam.

Malam Rabu,28th July, 5 minit lepas Mr Hubby keluar rumah, while aku dgn anak-anak tengah mengemas dan main-main kat tingkat atas, tiba-tiba dengar gate bergegar. Try jenguk melalui tingkap, tak nampak. So, bawa Iman dan Izz turun bawah, aku dengar orang bagi salam. Dalam hati, pembanci agaknya. Aku pun beranikan diri buka pintu, memang ya pun. Aku bagitau dia, "suami saya tak ada di rumah, kat luar saja ya". Budak tu pun ok saja, so bermulalah soal jawab antara aku dan pembanci antara gate. Dalam 20mins, siap. Ok dik.

Wednesday, July 28, 2010

Aku Dapat Aras IV - PTK2!!!

Syukur Alhamdulillah...rezeki anak2 kot. Lepas ni nak mengintai peluang utk C44 pulalah. Amin..

Keyboard Stand "Z"



Aku tengah mencari kat mana ada jual benda ni. dah try cari kat kedai Yamaha Music, yang ada cuma yang bentuk silang "X". Yang tu, sekali anak aku goyang, habis jatuh kedeboom keyboard aku..

Tuesday, July 27, 2010

Muhammad Iman at 3 yrs & 3 months


Sangat suka posing macam ni sekarang


Gambar malam tadi, dgn belon restoran Rasamas

Monday, July 26, 2010

Yang Paling Aku Tak Suka Bila Sem Baharu Bermula

Ni nak lepas geram sebenarnya!!! Tension nya aku. Time nak sembahyang Zohor, tengok kasut kat depan pintu surau, penuh. Dalam hati, baguslah, ramai jemaah. Buka saja pintu, mak ai, bergelimpangan duyung2 or dugong2 kat lantai surau. Alahai, nak lalu pun susah sebab mereka tak faham bahasa nak beri laluan, kena cakap juga. Ada yang tidur la, meniarap la, buat group menyembang la. Sakitnya hati. Ruang utk sembahyang pun muat utk 2,3 sejadah saja. Dah tu, yang tidur tu siap ambik kain telekung buat selimut..Tolong, AKU GERAMMMMMM!!! Pengurusan, tolong buat sesuatu. Aku boleh kalau nak "sound" bebudak tu, nanti kot si duyung2 or dugong2 tu tak suka kat aku. Tapi, bila mereka nak masuk lab aku, diorang perlukan permission aku. Surau bukan bawah pemantauan aku!

Hujung Minggu & Aku

Aku tidak kisah sebenarnya, sama ada wujud atau tidak pembaca untuk blog ku ini. Blog ini aku wujudkan hanyalah untuk aku menulis tentang perjalanan hidupku, meluahkan apa yang terbuku di hati...

Hari Sabtu lepas rumah aku dikunjungi oleh saudaraku yang terdiri daripada 2 family. Alhamdulillah, rumah aku mempunyai 3 bilik kosong (2 bilik di tingkat atas, 1 bilik di tingkat bawah), jadi muatlah untuk para tetamuku berehat, tidur, mandi, makan, etc. Harapan aku agar mereka selesa. Family abang sulongku bersama isteri dan 2 orang anaknya, Athirah dan Nabiehan datang dari Perlis. Dalam perjalanan ke Segamat, Johor untuk hantar kereta baru adik aku-Mitsubishi Evo yang dibeli kira-kira 2 bulan lepas. Family satu lagi adalah bapa saudara Mr Hubby, Pak Cik Jali, bersama isteri dan 3 orang anaknya dari Terengganu. Datang melawat their daughter yang baru 3 weeks belajar di UKM.

Pagi itu aku sibuk sangat. Aku bangun awal untuk sediakan sarapan pagi untuk semua orang dalam rumahku. Yang sempat aku sediakan hanyalah mee goreng + keripap goreng (frozen) + keropok keping goreng + teh panas + buah rambutan, manggis + kuih bahulu + nasi goreng untuk Iman dan Izzuddin.

Kedua-dua keluarga bertolak ke destinasi masing-masing sebelum jam 12.00 tengah hari. Semoga selamat sampai semuanya.

Lepas tu, apalagi..sempatlah aku zzzz kejap.

Thursday, July 22, 2010

HFMD?

Selasa dan Rabu (20 & 21 Julai 2010) aku bercuti dan MC menjaga Izz. Actually Izz demam pada hari Ahad. Pagi Isnin 19 Julai, aku berkira-kira sama ada nak pergi kerja ataupun tidak. Check suhu, ok, means dah tak panas (maybe demam is over), so aku pun siapkan diri dan anak-anak untuk gi kerja. On the way nak ke office, aku sempat menjeling sayang ke arah Izz while driving. Aku dapati, lengan dia makin banyak rashes, merebak ke kepala lutut pula. Hati aku dah rasa lain macam. So, sampai office, terus decide untuk bawa Izz ke Pusat Kesihatan U. Iman aku hantar dulu ke nursery. Tak terdaya nak usung kedua-duanya sekali.

Kat klinik, dapat jumpa Dr favourite aku, Dr. Latinah..she's very motherly, soft, knowledgeable..aku suka dia even kena tunggu turn sampai 1 hour dan Izz dah bosan, aku sanggup redah. Ramai patient today, aku terlupa untuk minta Dr tengokkan tekak Izz. Dr just check luaran saja. Katanya, bukan simptom denggi, maybe heat rashes sahaja. Aku tanya tentang hfmd, katanya, simptom ada. Tapi, kalau nak confirm kena buat blood test. So, Dr just bekalkan krim hydrocort for the rashes.

Then, aku hantar Izz ke nursery. 15 minutes later, dapat call dari Cikgu Ima. Dia tanya tentang status kesihatan Izz. Aku pun explain kat dia. Dia risau kalau-kalu Izz kena hfmd, nanti nursery kena tutup for 2 weeks. Aku janji dengan Cikgu Ima untuk bawa Izz check up ke klinik lain pula. So, aku pun gi ambil Izz yang tengah sedap tidur kat nursery dan bawa dia ke Klinik Mesra pula. Mak ai..., ramainya orang. Lagi 10 orang, sampai turn Izz. Aku dengan rela hatinya menunggu. Lebih 2 jam baru dapat jumpa Dr. Jawapannya sama. Untuk pengesahan kena gi buat blood test. Kali ni Dr bekalkan ubat pirython untuk Izz kalau dia gatal-gatal.

Aku dah tak tahu nak buat apa, so call Mr Hubby suruh dia standby kat rumah. Aku bawa Izz balik ke rumah dan minta hubby jaga dan pantau kesihatan Izz.

Esoknya (Selasa), aku cuti. Kami bawa Izz ke Pusat Rawatan Azzahrah Bangi. Dr sahkan. Tapi, aku tak nak buat blood test. Sebab kesiankan Izz. Kalau betul pun kena penyakit ni, takde ubat. Just in case kalau demam, bagi ubat demam, batuk bagi ubat batuk, etc. Tapi, this thing will become worse if dia taknak makan or minum langsung disebabkan ulser di mulut atau lidah dia. This time, should be warded (akan drip air saja).

Today, aku masuk kerja. Bawa Iman saja. Izz duduk dengan abah kat rumah. Awal Izz bangun today. Aku bangun jam 5 am untuk sahur, dia pun bangun sama.

Apapun, take care ye sayang. Ibu doakan adik get well very2 soon..

Friday, July 16, 2010

Muhammad Izzuddin at 15 months






Muhammad Izzuddin menjangkau usia 1 tahun 3 bulan pada 2 Julai yang lalu. Alhamdulillah, dia membesar dengan sihat dan aktif. Perkembangan Izzuddin sekarang :

1. dah pandai sebut beberapa perkataan yang ibu faham seperti "amah" bila nak panggil abah, "mama" bila nak panggil ibu, "ttak" bila dia nak bukakan sesuatu, "nah" bila dia nak bagi sesuatu, "nak" bila dia inginkan sesuatu...perkataan lain tak dapat nak catch up lagi.

2. tak suka main baby toys seperti soft toys, ratlles. Dia suka main kereta, lori, bas macam abang.

3. kuat makan. abang baru satu suap, dia dah dua suap...apa saja yang kita makan, mulalah dia datang mengendeng, sambil sebut "nak...nak.." kena capatlah suapkan dia. kalau tak, mengamuk budak ni.

4. gigi dah ada 6 batang, 4 kat atas, 2 kat bawah.

5. air liur sentiasa meleleh lagi. sampai basah baju.

6. dah jalan laju, blh berlari

7. makin manja. nak berkepit saja dengan ibu. nak uruskan abang time mandi, pakaikan baju, makan etc agak susah sikit.

8. masih kuat merengek dan menangis.

9. mudah merajuk. kalau kita buat derk saja bila dia nak dukung or dekat dengan kita, dia akan merajuk. kita panggil pun dia buat tak tahun saja, kalau dia menangis lagilah.

10. suka tekan button kat tv. masalah sugguh bila tengok tv, kena ada remote di tangan, senang nak tukar balik channel bila Izzuddin main button tv.

11. dah minum susu sama dengan abang, enfagrow original...senang ibu nak uruskan. bila emergency tak sempat buat susu for both, boleh saja sumbat botol adik masuk mulut abang dan sebaliknya.

12. berat dah capai 10kg!!!huh..lenguh lengan ibu nak dukung adik

Wednesday, July 14, 2010

Rindu Pada Hobi Lama

Apa ya hobi lama yang dimaksudkan tu? Aku rasa ramai kaum perempuan suka dengan hobi yang kumaksudkan iaitu SHOPPING!!!

Aku, kalau dapat shopping semahu-mahunya, release segala tension. Antara tempat yang aku suka shopping ialah Jusco, Tesco, Toys R Us, Seven 11, Manjaku, Kedai Ubat Fui Onn Serdang, Kedai Super8 Sri Serdang.

Betul-betul "gila" shopping time pregnantkan adik. Asal lunch hour, boleh tengok la muka aku kat Alamanda ke, Jusco Balakong ke, Manjaku Bangi ke..

Tapi sekarang, kena banyak berjimat. Cut sana, cut sini. Untuk masa depan aku sekeluarga juga. Harapnya, sebelum raya adalah Pak Najib bagi "B". Boleh juga beli baju baru untuk anak-anak terutamanya

Tuesday, July 13, 2010

Aktiviti Di Hujung Minggu

Pagi Jumaat, 9 Julai, aku ke pasar. Semangat nak beli barang dapur untuk masak-masak time weekend. Beli daging, ikan kembung (orang Perlis pangiil ikan termenung), sawi, daun bawang, sup bunjut,mee, etc. Tengah hari, pergi Tesco Kajang, beli barang-barang untuk tanam pokok such as pasu plastik, tanah hitam, gunting etc.

Pagi Sabtu, Mr. Hubby kerja pukul 7 pagi. So, semangat nak masak menurun...Just goreng mi untuk Iman dan masak nasi putih dengan telur mata kerbau untuk adik. Petangnya pula, buat kari ikan kembung. Berselera dua beradik tu makan. Even pedas sedikit, banyak juga Izz makan...best!best!

Petang tu, aku ala-ala berkebun sikit. Pindahkan separuh pokok apa nama entah dari pasu lama ke pasu baru sebab yang lama dah tumbuh dengan suburnya, penuh pasu. Lepas tu, tanamkan pokok bawang dan pokok keladi yang daun hijau putih. Then, aku letak baja. Moga menjadilah pokok-pokok ku

Oh ya, ikan kapi mati dua ekor. Kedua-dua yang mati tu jantan, seekor yang Iman dapat, seekor lagi yang aku beli. Agaknya, diorang gaduh kot..Nak jadi dominan dalam balang kecik tu, takpun gaduh sebab berebut yang female tu. So, tinggallah yang female alone..Nak cari pengganti ke? Nantilah, akan difikirkan..

Pagi Ahad, Mr. Hubby kerja shift petang (3.00 pm). So, bangun awal sikit. Prepare nasi lemak. Alhamdulillah, kali ini menjadi...nasi terasa lemak (santan) dan masinnya. Sambal pun terasa asamnya. Adik as usual makan banyak, penyedap hati ibu yang jadi tukang masak. Abang Iman just makan seadanya. Menu tengah hari, buat sup daging dan ikan goreng kunyit. Ok, lah..lauk nasi lemak pun ada lagi.

Friday, July 9, 2010

Something From Iman

Petang semalam, sewaktu menjemput Iman di nurseri, Iman beritahu.."Bu, bu..Iman ada fish". So, aku pun tengoklah, pengasuh Iman cakap, minggu ni Iman belajar tentang pet. Cikgu Ima tanya soalan & Iman angkat tangan jawab. So, hadiahnya seekor fish..Maka bertambahlah kuantiti ikan kapi kat rumah. Rasanya, ikan kapi yang Iman bawa balik tu male, sebab ekor cantik.

My New Hobby?







Entry kali ini tentang 2 pasang si ikan kapi. Aku beli ikan ni pada Isnin lepas, yang female RM1 je, yang male mahal sikit, RM1.50. Taukeh kedai tu cakap, ikan male ekor dia lagi cantik..tu yang mahal. Aku suka goldfish sebenarnya, dengan kaler oren keemasan, perut buncit, ekor terkodek-kodek. Tapi nak bela ikan emas ni renyah sikit. Kena letak gas oksigen la, kalau blackout habis la dia. So, aku start dengan ikan yang tak berapa remeh dululah. Iman pun suka, siap dia celupkan tangan dalam balang nak pegang fish...

Si ikan kapi ni bagi aku agak "pengotor" sikit. Dalam masa 24 jam, habis keruh air dibuatnya. Takkan tak tukar air, kang orang cop aku tuan yang pemalas pulak. Apapun layan je la gambar yang tak berapa clear dek flash..

Wednesday, July 7, 2010

Khabar dari Hospital Tunku Fauziah

Alhamdulillah...akhirnya aku dapat khabar gembira dari sahabatku Nori di Perlis. Dia telah selamat melahirkan anak yang pertama pada 5 Julai 2010 "ikut tingkap". Baby boy, 4 kg...patutlah ceaser..baby besar sangat. Ok what? Senang nak handle, nak dukung, nak mandikan, takdelah lehernya terloleh2. Tapi, of course mamanya akan cepat lenguh tangan bila dukung anaknya. Nori dan Kimi menamakan baby mereka dengan nama MIFZAL IMTIYAAZ..Sedapkan namanya? Apapun, TAHNIAH dariku. Didiklah anakmu sebaik mungkin. So, cik kerengga, bila lagi nak plan yang ke 3? :( Jawapanku : tunggu Izz at least 2 tahun. Aku tak mahu Iman dan Izz terasa kurang kasih sayang dan perhatian dariku..