Selasa dan Rabu (20 & 21 Julai 2010) aku bercuti dan MC menjaga Izz. Actually Izz demam pada hari Ahad. Pagi Isnin 19 Julai, aku berkira-kira sama ada nak pergi kerja ataupun tidak. Check suhu, ok, means dah tak panas (maybe demam is over), so aku pun siapkan diri dan anak-anak untuk gi kerja. On the way nak ke office, aku sempat menjeling sayang ke arah Izz while driving. Aku dapati, lengan dia makin banyak rashes, merebak ke kepala lutut pula. Hati aku dah rasa lain macam. So, sampai office, terus decide untuk bawa Izz ke Pusat Kesihatan U. Iman aku hantar dulu ke nursery. Tak terdaya nak usung kedua-duanya sekali.
Kat klinik, dapat jumpa Dr favourite aku, Dr. Latinah..she's very motherly, soft, knowledgeable..aku suka dia even kena tunggu turn sampai 1 hour dan Izz dah bosan, aku sanggup redah. Ramai patient today, aku terlupa untuk minta Dr tengokkan tekak Izz. Dr just check luaran saja. Katanya, bukan simptom denggi, maybe heat rashes sahaja. Aku tanya tentang hfmd, katanya, simptom ada. Tapi, kalau nak confirm kena buat blood test. So, Dr just bekalkan krim hydrocort for the rashes.
Then, aku hantar Izz ke nursery. 15 minutes later, dapat call dari Cikgu Ima. Dia tanya tentang status kesihatan Izz. Aku pun explain kat dia. Dia risau kalau-kalu Izz kena hfmd, nanti nursery kena tutup for 2 weeks. Aku janji dengan Cikgu Ima untuk bawa Izz check up ke klinik lain pula. So, aku pun gi ambil Izz yang tengah sedap tidur kat nursery dan bawa dia ke Klinik Mesra pula. Mak ai..., ramainya orang. Lagi 10 orang, sampai turn Izz. Aku dengan rela hatinya menunggu. Lebih 2 jam baru dapat jumpa Dr. Jawapannya sama. Untuk pengesahan kena gi buat blood test. Kali ni Dr bekalkan ubat pirython untuk Izz kalau dia gatal-gatal.
Aku dah tak tahu nak buat apa, so call Mr Hubby suruh dia standby kat rumah. Aku bawa Izz balik ke rumah dan minta hubby jaga dan pantau kesihatan Izz.
Esoknya (Selasa), aku cuti. Kami bawa Izz ke Pusat Rawatan Azzahrah Bangi. Dr sahkan. Tapi, aku tak nak buat blood test. Sebab kesiankan Izz. Kalau betul pun kena penyakit ni, takde ubat. Just in case kalau demam, bagi ubat demam, batuk bagi ubat batuk, etc. Tapi, this thing will become worse if dia taknak makan or minum langsung disebabkan ulser di mulut atau lidah dia. This time, should be warded (akan drip air saja).
Today, aku masuk kerja. Bawa Iman saja. Izz duduk dengan abah kat rumah. Awal Izz bangun today. Aku bangun jam 5 am untuk sahur, dia pun bangun sama.
Apapun, take care ye sayang. Ibu doakan adik get well very2 soon..
No comments:
Post a Comment