Dina

Lilypie Third Birthday tickers

Wednesday, July 7, 2010

Khabar dari Hospital Tunku Fauziah

Alhamdulillah...akhirnya aku dapat khabar gembira dari sahabatku Nori di Perlis. Dia telah selamat melahirkan anak yang pertama pada 5 Julai 2010 "ikut tingkap". Baby boy, 4 kg...patutlah ceaser..baby besar sangat. Ok what? Senang nak handle, nak dukung, nak mandikan, takdelah lehernya terloleh2. Tapi, of course mamanya akan cepat lenguh tangan bila dukung anaknya. Nori dan Kimi menamakan baby mereka dengan nama MIFZAL IMTIYAAZ..Sedapkan namanya? Apapun, TAHNIAH dariku. Didiklah anakmu sebaik mungkin. So, cik kerengga, bila lagi nak plan yang ke 3? :( Jawapanku : tunggu Izz at least 2 tahun. Aku tak mahu Iman dan Izz terasa kurang kasih sayang dan perhatian dariku..

No comments: