Dina

Lilypie Third Birthday tickers

Friday, July 16, 2010

Muhammad Izzuddin at 15 months






Muhammad Izzuddin menjangkau usia 1 tahun 3 bulan pada 2 Julai yang lalu. Alhamdulillah, dia membesar dengan sihat dan aktif. Perkembangan Izzuddin sekarang :

1. dah pandai sebut beberapa perkataan yang ibu faham seperti "amah" bila nak panggil abah, "mama" bila nak panggil ibu, "ttak" bila dia nak bukakan sesuatu, "nah" bila dia nak bagi sesuatu, "nak" bila dia inginkan sesuatu...perkataan lain tak dapat nak catch up lagi.

2. tak suka main baby toys seperti soft toys, ratlles. Dia suka main kereta, lori, bas macam abang.

3. kuat makan. abang baru satu suap, dia dah dua suap...apa saja yang kita makan, mulalah dia datang mengendeng, sambil sebut "nak...nak.." kena capatlah suapkan dia. kalau tak, mengamuk budak ni.

4. gigi dah ada 6 batang, 4 kat atas, 2 kat bawah.

5. air liur sentiasa meleleh lagi. sampai basah baju.

6. dah jalan laju, blh berlari

7. makin manja. nak berkepit saja dengan ibu. nak uruskan abang time mandi, pakaikan baju, makan etc agak susah sikit.

8. masih kuat merengek dan menangis.

9. mudah merajuk. kalau kita buat derk saja bila dia nak dukung or dekat dengan kita, dia akan merajuk. kita panggil pun dia buat tak tahun saja, kalau dia menangis lagilah.

10. suka tekan button kat tv. masalah sugguh bila tengok tv, kena ada remote di tangan, senang nak tukar balik channel bila Izzuddin main button tv.

11. dah minum susu sama dengan abang, enfagrow original...senang ibu nak uruskan. bila emergency tak sempat buat susu for both, boleh saja sumbat botol adik masuk mulut abang dan sebaliknya.

12. berat dah capai 10kg!!!huh..lenguh lengan ibu nak dukung adik

No comments: