Pagi Jumaat, 9 Julai, aku ke pasar. Semangat nak beli barang dapur untuk masak-masak time weekend. Beli daging, ikan kembung (orang Perlis pangiil ikan termenung), sawi, daun bawang, sup bunjut,mee, etc. Tengah hari, pergi Tesco Kajang, beli barang-barang untuk tanam pokok such as pasu plastik, tanah hitam, gunting etc.
Pagi Sabtu, Mr. Hubby kerja pukul 7 pagi. So, semangat nak masak menurun...Just goreng mi untuk Iman dan masak nasi putih dengan telur mata kerbau untuk adik. Petangnya pula, buat kari ikan kembung. Berselera dua beradik tu makan. Even pedas sedikit, banyak juga Izz makan...best!best!
Petang tu, aku ala-ala berkebun sikit. Pindahkan separuh pokok apa nama entah dari pasu lama ke pasu baru sebab yang lama dah tumbuh dengan suburnya, penuh pasu. Lepas tu, tanamkan pokok bawang dan pokok keladi yang daun hijau putih. Then, aku letak baja. Moga menjadilah pokok-pokok ku
Oh ya, ikan kapi mati dua ekor. Kedua-dua yang mati tu jantan, seekor yang Iman dapat, seekor lagi yang aku beli. Agaknya, diorang gaduh kot..Nak jadi dominan dalam balang kecik tu, takpun gaduh sebab berebut yang female tu. So, tinggallah yang female alone..Nak cari pengganti ke? Nantilah, akan difikirkan..
Pagi Ahad, Mr. Hubby kerja shift petang (3.00 pm). So, bangun awal sikit. Prepare nasi lemak. Alhamdulillah, kali ini menjadi...nasi terasa lemak (santan) dan masinnya. Sambal pun terasa asamnya. Adik as usual makan banyak, penyedap hati ibu yang jadi tukang masak. Abang Iman just makan seadanya. Menu tengah hari, buat sup daging dan ikan goreng kunyit. Ok, lah..lauk nasi lemak pun ada lagi.
No comments:
Post a Comment